Tuesday, July 1, 2008

Ayahanda


Penulis bersama Penyusun kitab :

1. Muqaddam Kaedah al-Marbawi
2. Ke Arah Keberkesanan Mohon Hajat




oleh : Ustaz Ahmad Zohdi bin Muhammad Syeikh
Bekas Pensyarah Jabatan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Maktab Perguruan Islam Bangi.



Tuesday, May 6, 2008

Sebuah Catatan




Di kesempatan ini, penulis ingin menyentuh tentang pengajian al-Qur’an dan ibadah mentilawahkannya yang ada kaitan dengan kajian penulis.


Sesungguhnya al-Qur’an adalah Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) melalui perantaraan Jibril (a.s) untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Ia merupakan mukjizat teragung Rasulullah (s.a.w) yang kekal hingga kiamat. Di dalamnya penuh petunjuk, pengenal kepada Allah dan RasulNya, penyelamat dari seksa api neraka, panduan kehidupan di dunia, punca ilmu pengetahuan, penenang hati dan perasaan, penyelesai masalah dan keluh kesah, penyembuh penyakit zahir dan batin serta lain-lain lagi.


Justeru itu, al-Qur’an amat perlu ditilawah, dihafal, difahami dan diamalkan. Mentilawahkannya adalah asas yang diharapkan kepada menunaikan hak-hak al-Qur’an yang lain. Mentilawahkan al-Qur’an juga dapat mengikat hati kita kepada Kitab Allah ini. Apabila dilakukan secara istiqamah, perasaan sentiasa ingin mentilawahkan al-Qur’an akan terus subur dari masa ke semasa.


Maka usaha melaziminya hari demi hari akan melahirkan kemanisan ibadah tilawah yang lazat dan sukar digambarkan. Hanya hati yang cinta dengan tilawah al-Qur’an dapat merasainya. Ini kerana hidayah cahaya al-Qur’an telah menyelinap masuk ke dasar hati sanubari. Hati yang asyik dan rindu dengan al-Qur’an ini akan sanggup menerima segala petunjuk darinya. Penerimaan ini akan membawa kepada pengakuan keimanan terhadap hakikat Kalamullah yang berdiri pada zat Allah (s.w.t). Maka keimanan dan ma`rifah kepada Allah (s.w.t) merupakan natijah terakhir yang akan terhasil. Tiada lagi ketika ini melainkan lahirnya keinsafan dan rasa tunduk serta patuh kepada segala perintah dan larangan Allah (s.w.t).


Oleh itu, harus kita menginsafi bahawa sangat besar dan penting tilawah al-Qur’an bagi setiap individu muslim. Dalam hal ini juga, dua perkara utama yang mendasarinya iaitu mempelajari tilawah al-Qur’an dan mengajarinya. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu pesan Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa sebaik-baik orang ialah mereka yang belajar al-Qur’an dan kemudian mengajarnya pula. Maka mempelajari tilawah al-Qur’an dan mengajarinya termasuk dalam pesanan ini. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kedua-dua kategori ini atau salah satu darinya.

Panduan Hidup

Maksudnya : Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Surah Al-An`am (: 162-163 )



Maksudnya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)…

- Al-Fath, ( 48 ) : 29
Assalamualaikum wrh..